Muzakarah Ilmuan Islam Angkat 15 Resolusi Sokong Palestin

KUALA LUMPUR, 4 Jun 25 – Muzakarah Ilmuan Islam telah menetapkan 15 resolusi mengenai kewajipan jihad menangkis salah faham terhadap perjuangan rakyat Palestin yang kini sedang menderita akibat peperangan dengan Zionis di Gaza.

Memetik laporan media duniapalestin.net, resolusi tersebut antara lain menyatakan bahawa  menjadi kefarduan syarak yang berterusan sehingga ke Hari Kiamat yang merangkumi pelbagai bentuk termasuk jihad qital (penentangan bersenjata).

“Menghidupkan semangat jihad di dalam jiwa mukmin adalah salah satu elemen penyempurnaan keperibadian mukmin.

“Tanggungjawab jihad pembebasan Palestin kekal kewajipannya dan mesti dipikul oleh semua pihak sehingga terbebasnya kiblat pertama umat Islam. Ujarnya.

Resolusi itu juga menyebut bahawa semua pihak wajib berpendirian bersama dengan perjuangan pembebasan Palestin dan tidak boleh mengambil sikap berkecuali apatah lagi berpihak kepada rejim penjajah Israel.

Menurutnya, perjuangan jihad qital yang dilakukan oleh rakyat Palestin termasuk segala pembinaan kekuatan ke arah itu adalah semulia-mulia jihad ke arah pembebasan Palestin.

“Tindakan itu adalah dituntut secara syarak bahkan merupakan suatu hak rakyat Palestin yang diiktiraf undang-undang antarabangsa. Katanya.

Resolusi ini turut disokong antara lain Mufti negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron, Timbalan  Mufti Negeri Perak Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Selain daripada itu, tokoh-tokoh lain dari pelbagai institusi agensi berkaitan Islam turut menyatakan sokongan ke atas 15 resolusi ini. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share