
KUALA LUMPUR, 6 Jun 25 – Petronas dijangka bakal mengurangkan kira-kira 10% tenaga kerjanya sebagai sebahagian usaha mengurangkan kos.
Bloomberg melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata, tindakan itu berikutan kejatuhan harga minyak mentah dan kesan ketidaktentuan pasaran.
Katanya, tindakan itu akan memberi kesan kepada lebih 5,000 kakitangan Petronas dan akan dimaklumkan menjelang akhir tahun ini.
Selain itu, kenaikan pangkat dan pengambilan kakitangan baharu akan dibekukan sehingga Disember 2026, katanya, dalam satu taklimat di ibu negara.
Laporan turut menyatakan keuntungan Petronas merosot 32% pada 2024 selepas kemerosotan 21% pada tahun sebelumnya.
Pada 27 Februari lalu, Muhammad Taufik berkata Petronas sedang menilai pelaksanaan langkah “pelarasan semula” tenaga kerja, dan berkata proses itu dijangka dimuktamadkan menjelang pertengahan 2025. @sumber