SIS Forum Daftar Dengan SSM Tanpa Perkataan Islam, kata Menteri

KUALA LUMPUR, 24 Jun 25 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, berkata SIS Forum (Malaysia) didaftarkan sebagai Syarikat Terhad Menurut Jaminan (CLBG) tanpa perkataan ‘Islam’.

Menurutnya, SIS Forum tidak menggunakan sebarang perkataan membabitkan istilah agama ketika mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 1993.

Katanya, pendaftarannya sebagai syarikat hanya menggunakan nama  ‘SIS Forum (Malaysia)’.

“Dari sudut bidang kuasa KPDN, khususnya menerusi SSM, nama didaftarkan ialah SIS Forum (Malaysia) dan tidak mengandungi perkataan ‘Islam’. Oleh itu, kita tidak merujuknya kepada Jakim.

“Sebelum ini, memang sudah ada garis panduan, ketika ia didaftarkan, syarikat berkenaan tidak menggunakan sebarang perkataan membabitkan istilah agama,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Armizan berkata, garis panduan penamaan syarikat khususnya membabitkan istilah agama seperti ‘Islam’ dan ‘Muslim’, termaktub mengikut Akta Syarikat 2016.

Mengikut akta itu, perkataan ‘Islam’ dikategorikan sebagai istilah terkawal dan mana-mana syarikat yang ingin menggunakannya perlu mendapatkan kebenaran Jakim.

SSM juga menetapkan syarat pihak yang ingin mendaftar nama perusahaan perlu mengelak daripada menggunakan perkataan yang menyentuh, melambangkan unsur keagamaan atau kepercayaan serta melambangkan sesuatu agama.

Pada 19 Jun, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menggesa SIS Forum (Malaysia) tidak lagi menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat itu. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Wajar Bercuti, Kata NGO

"Namun apabila reformasi terus gagal, ekonomi kian lemah, dan kredibiliti peribadi semakin terhakis, maka Anwar tiada lagi pilihan selain berundur secara terhormat," katanya
Read More
Total
0
Share