Jangan Cabar Institusi Presiden, Kata Harrison

KUALA LUMPUR, 10 Jul 25 – Pemimpin Bersatu diingatkan tidak cuba mencabar institusi Presiden kerana dikhuatiri menjadi pencetus kepada perpecahan dalam parti ketika seluruh jentera sedang giat memperkukuh kerjasama untuk menghadapi PRU16, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Harrison Hassan.

Adun Jeram itu menegaskan, tidak berbangkit isu kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden akan diganti berikutan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu sebelum ini, majoriti perwakilan memberi mandat kepadanya sehingga PRU16.

“Agak mengecewakan pada ketika semua bahagian Bersatu sedang sibuk berkampung dalam persidangan masing-masing, ada dalam kalangan pemimpin parti yang cetek pemikiran serta tidak matang politik mengusulkan sesuatu yang telah pun dipersetujui sebelum ini.

“Taktik dan helah ini seolah-olah berniat jahat untuk melemahkan institusi presiden dan kepimpinan utama parti bagi mengepalai bahtera Bersatu pada PRU16 nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Bersatu Bahagian Kuala Selangor turut menolak usul dari bahagian lain yang mahu menukar atau menggantikan portfolio ‘pengurusan parti’ sambil menyifatkannya sebagai dangkal.

“Kami perwakilan akar umbi dan kepimpinan parti seluruh bahagian dalam negara bertekad serta beriltizam untuk meneruskan sokongan penuh dan usaha presiden menerajui parti Bersatu ke hadapan.

“Sebarang usaha memecahbelahkan perpaduan parti wajib dihentikan serta-merta dan tidak teragak-agak mencadangkan agar individu atau kumpulan terlibat dibawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti,” tegasnya.

Bersatu Bahagian Port Dickson sebelum ini meluluskan usul mencadangkan Muhyiddin memainkan peranan sebagai presiden pengasas dan mentor sebagai penasihat parti manakala jawatan Presiden diserahkan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Cutilah Rafizi, kata Dominic

“Jika beliau terlalu sibuk dengan urusan parti sehingga gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Ekonomi, lebih baik Rafizi mengambil cuti sementara. Sejak dilantik, tiada pencapaian ketara yang dapat dibanggakan rakyat,” katanya
Read More
Total
0
Share