RMK13 : Kemampuan Fiskal Kerajaan Dipersoal – Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 25 – Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggariskan empat persoalan utama yang perlu kerajaan jawab dalam Rancangan Malaysia ke 13 (RMK13).

Persoalan utama yang dibangkitkan mengenai keupayaan fiskal untuk merealisasikan peruntukan RM 611 bilion bagi lima tahun ke hadapan tanpa membebankan rakyat.

“Saya minta supaya menteri catat empat persoalan, pertama adakah sebenarnya kerajaan benar-benar mempunyai keupayaan fiskal yang kukuh, untuk merealisasikan peruntukan RM611 bilion seperti yang digariskan dalam RMK13 tanpa membebankan rakyat.

“Kedua sejauh mana kerajaan mempunyai keberanian politik untuk melaksanakan reformasi institusi dan tadbir urus secar menyeluruh. Katanya dalam ucapan perbahasan di Dewan Rakyat, beberapa hari lalu.

Hamzah juga menyoal tentang bagaimana keberkesanan pendekatan yang digariskan kerajaan dalam RMK13 dalam menjamin keadilan sosial dan membawa kesejahteraan kepada kehidupan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan adakah indikator dan sasaran yang digariskan dalam RMK13 mampu menjadi kompas yang jelas bagi menterjemahkan cita-cita besar rakyat bagi tempoh lima tahun.

Terdahulu, beberapa pihak mempersoalkan tentang keupayaan kerajaan untuk merealisasikan RMK13 yang menyaksikan peruntukan terbesar yang pernah dirancang.

Tokoh UMNO Isham Jalil berpendapat bahawa untuk mencapai sasaran RMK13 yang digariskan kerajaan, hutang kerajaan pastinya akan terus meningkat untuk tempoh 5 tahun mendatang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share