Presiden Bersatu Kecam Dakwaan  Akta Hasutan Ke Atas Ketua Armada

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 25 – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam pendakwaan ke atas Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham di bawah Akta Hasuan.

Menurutnya, Hilman berhak membantah Akta Hasutan memandang beliau mewakili suara anak muda.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan YB Hilman Idham, Ketua Armada Bersatu, di bawah Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan.

“Sebagai pemimpin sayap Armada yang mewakili anak-anak muda, beliau berhak untuk mengkritik Akta Hasutan dan membantah tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin Armada di bawah akta tersebut. Katanya.


Muhyiddin juga mengkritik kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan, tetapi tidak berbuat demikian.

“Kini apabila berkuasa, bukan sahaja Akta Hasutan tidak dihapuskan, malah mendakwa orang yang membantah akta tersebut.


”Inilah hipokrasi yang paling nyata. Bukan sahaja kebebasan bersuara tidak lagi dilindungi, malah undang-undang yang dahulunya dikatakan zalim kini dilindungi oleh undang-undang.

Hilman Idham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, kawasan Gombak Setia akan dituduh dengan Pertuduhan Dibawah Seksyen 505 (b) kanun keseksaan bersabit Himpunan Malam Solidariti Tolak Akta Hasutan.

Beliau dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah (7), Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share