Penolakan Berterusan: Semua ADUN PN Pahang Desak MP Negeri Tolak RUU URA

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 25 – Semua Ahli Parlimen dari Pahang didesak menolak Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dijadual dibentang di Dewan Rakyat, selepas 17 ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri itu menyifatkan RUU berkenaan sebagai “akta pro-pemaju, bukan rakyat”.

Dalam kenyataan bersama, ADUN PN menegaskan RUU URA membuka ruang besar untuk pampasan tidak adil, paksaan keluar ke atas pemilik asal, serta risiko penghapusan komuniti bandar tradisi.

“RUU ini membenarkan en-bloc sale hanya dengan 75–80% persetujuan pemilik, berbanding 100% sekarang. Ini bermakna sebahagian pemilik boleh dipaksa tinggalkan rumah mereka walaupun masih elok didiami,” kata kenyataan itu.

Mereka turut menyenaraikan beberapa isu besar yang dibangkitkan antaranya pampasan samar dimaa Istilah “tidak kurang baik” dalam RUU terlalu subjektif dan tidak menjamin keadilan.

“Tiada jaminan perumahan mampu milik: Rakyat B40/M40 boleh terpinggir, manakala pemaju hanya fokus unit mewah.

”Harga rumah dan sewa dijangka melonjak, penduduk asal bakal digantikan dan hak bumiputera terancam kerana didakwan tiada peruntukan jelas mengenai pegangan bumiputera di kawasan bandar.

Timbalan Pengerusi PN Pahang, Jasri Jamaludin berkata, akta ini lebih menguntungkan pemaju dan kroni politik, bukan rakyat biasa.

“Kalau benar kerajaan peduli, mereka perlu tarik balik dan bentang semula dengan jaminan jelas hak rakyat terpelihara. Katanya.

RUU URA, yang dikatakan bertujuan “menghidupkan semula bandar lama”, kini mencetuskan penentangan terbuka di Pahang menandakan gelombang bantahan rakyat terhadap cadangan undang-undang yang dilihat bakal mengorbankan komuniti asal demi keuntungan pemaju. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share