Jemputan PAS kepada MCA, MIC Sertai PN Isyarat Politik Baharu, Kata Azmin

KUALA LUMPUR, 2 Sep 25 – Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyifatkan pelawaan PAS kepada MCA dan MIC untuk menyertai PN sebagai satu “perkembangan positif” menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Azmin juga menegaskan PN sentiasa mengalu-alukan mana-mana parti atau individu yang berkongsi idealisme serta perjuangan gabungan itu dalam usaha “memperbetulkan keadaan negara yang semakin rosak.”

“Dengan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki oleh parti-parti seperti MCA dan MIC, ia mampu memperkukuhkan lagi tapak sokongan rakyat kepada PN, sama ada secara langsung atau melalui kerjasama politik lain menjelang pilihan raya akan datang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu, Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada Ahad lalu menjemput MCA dan MIC bergabung dengan PN. Beliau berkata, jemputan itu dibuat selepas mengambil kira kekecewaan kedua-dua parti komponen BN tersebut yang merasakan dipinggirkan tanpa perwakilan dalam kerajaan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share