Rayuan Anwar Dalam Saman Yusoff Rawther Ditunda Hingga 2026

KUALA LUMPUR, 3 Sep 25 – Rayuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam saman sivil yang difailkan bekas pembantunya, Yusoff Rawther, berhubung dakwaan serangan seksual dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 4 Mac 2026.

Tarikh itu ditetapkan selepas pengurusan kes melalui sistem e-Semakan, susulan penangguhan sementara prosiding yang diberikan pada 21 Julai lalu. Penangguhan itu menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap lapan persoalan perlembagaan yang dibangkitkan oleh pihak Anwar.

Sebelum ini, pada 10 Jun 2025, Mahkamah Rayuan turut menangguhkan semua prosiding saman tersebut. Namun, pada 4 Jun 2025, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk penangguhan. Hakim Roz Mawar Rozain berpendapat dakwaan kekebalan dan potensi kemudaratan terhadap fungsi eksekutif yang dikemukakan pihak perdana menteri tidak mempunyai asas perlembagaan.

Menurut peguam Yusoff, Rafique Rashid Ali, pihaknya telah memohon agar pendengaran ditetapkan lebih awal. Bagaimanapun, mahkamah memaklumkan tarikh terawal yang ada hanyalah antara Januari hingga Mac 2026.

Rafique juga mendedahkan pihaknya telah menghantar surat kepada Presiden Mahkamah Rayuan untuk mempertimbangkan tarikh lebih awal, dengan alasan kes ini berkepentingan awam.

Untuk rekod, Muhammed Yusoff Rawther telah memfailkan saman sivil terhadap Anwar Ibrahim pada Julai 2021, mendakwa dirinya diserang secara seksual pada 2018.

Pada September 2024, telah ditahan dan dituduh mengedar 305 gram kanabis dan memiliki dua pistol tiruan. Polis mendakwa barangan tersebut ditemui dalam kereta miliknya ketika pemeriksaan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Bukit Kiara dan hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membebaskan dan melepas Yusoff tanpa perlu dipanggil membela diri pada 12 Jun 2025.

Hakim menyatakan bahawa pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie kerana tiada bukti bahawa Yusoff memiliki kawalan eksklusif terhadap dadah dan pistol tiruan tersebut, dan dakwaan entrapmen yang dikemukakan tidak disiasat mencukupi oleh polis

Kemudian pada 2025, Anwar cuba merujuk isu kekebalan perdana menteri ke Mahkamah Persekutuan, namun ditolak Mahkamah Tinggi.

Selepas itu, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan sementara dan penuh terhadap prosiding kes, menyebabkan perbicaraan ditangguhkan. Kini, rayuan berhubung perkara itu dijadualkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan pada 4 Mac 2026. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share