
KUALA LUMPUR, 11 Sep 25 – Suasana tegang menyelubungi Kampung Sungai Baru hari ini apabila polis memperketat kawalan keluar masuk bagi melaksanakan kerja pengosongan kediaman penduduk yang enggan berpindah.
Memetik laporan malaysiakini, laluan masuk dikawal ketat seawal pagi dengan hanya individu memiliki pas khas dibenarkan melepasi sekatan. Petugas media turut dihalang masuk, menimbulkan tanda tanya terhadap tahap ketelusan proses itu.
Kerja pengosongan dijalankan oleh pegawai mahkamah (jailif) dengan kawalan penuh pihak polis. Beberapa penduduk cuba merempuh sekatan bagi menghalang operasi, namun keadaan berjaya dikawal tanpa insiden besar.
Difahamkan, ada sebahagian penduduk tetap enggan keluar walaupun notis rasmi telah dikeluarkan.
Kampung Sungai Baru sebelum ini menjadi tumpuan selepas sebahagian penduduk membantah projek pembangunan semula kawasan berkenaan, dengan mendakwa pampasan dan penempatan semula tidak setimpal dengan nilai hartanah serta kesan sosial kepada komuniti. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.