Pemuda PAS Akan Suarakan Isu Pemimpin PN, PRU16 Dalam Muktamar

KUALA LUMPUR, 13 Sep  25 — Sayap Pemuda PAS dijangka akan membincangkan isu membabitkan struktur kepimpinan Perikatan Nasional (PN) dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dalam Muktamar ke-71 mereka.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, sayap itu juga menjangkakan persediaan menerima keanggotaan baharu ke dalam gabungan pembangkang tersebut.

“Memang isu pengurusan tentang penstrukturan, kelicinan pentadbiran PN – itu semua akan dibincangkan (dalam perbahasan).

“(Misalnya) bagaimana PN akan bergerak pada pilihan raya akan datang ni dan strukturnya… hal itu akan dibahaskan, sebab kami menjangkakan ada keluarga baru dalam PN yang kita perlu bersedia,” katanya, tanpa menyatakan secara terperinci butiran perkara itu.

Pihaknya turut mengesahkan tiada sebarang makluman isu berkaitan calon perdana menteri pembangkang.

“Hal itu (isu menamakan calon perdana menteri) tidak ada dimaklumkan. Macam tak ada, tapi tengoklah macam mana nanti,” katanya, memetik laporan MMualaysiagezette.

Muktamar pemuda juga katanya dijangka turut membincangkan isu Akta Pembaharuan Semula Bandar, krisis perang dan kemanusiaan di Gaza serta persiapan jentera pilihan raya.

Muktamar Tahunan Pas ke-71 bermula pada 11 hingga 16 September ini. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share