
KUALA LUMPUR, 3 Okt 25 — Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) mendakwa wujud kalangan pemimpin dalam parti itu yang telah “tersimpang” daripada perjuangan asal akibat tekanan dan habuan.
Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai sebahagian daripada cabaran getir yang sedang dihadapi Bersatu ketika ini.
“Ada kalangan kami yang tersimpang di perjalanan akibat tekanan atau habuan, namun kami tetap akan bangkit,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau, semalam.
Dakwaan tersebut dibuat tanpa menyebut nama mana-mana individu, Peja bagaimanapun dalam nada optimis tetap menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan perjuangan bersama rakyat meskipun berdepan isu dalaman yang mencabar.
Bagaimanapun, kenyataan beliau dilihat boleh membuka ruang spekulasi tentang siapa yang dimaksudkan sebagai pemimpin “tersimpang” itu, lebih-lebih lagi ketika Bersatu sedang berdepan tekanan politik dalaman dan luaran.
Pemerhati politik berpendapat, kenyataan sebegini walaupun berbentuk amaran, boleh juga memberi kesan sebaliknya dengan memperlihatkan kelemahan disiplin dalaman parti di mata rakyat. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.