Lembaga Disiplin Diam, Tun Faisal Jawab Dakwaan Wan Fayhsal

Foto – Harapan daily

KUALA LUMPUR, 31 OKT 25 — Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana mendakwa lembaga disiplin parti menyasarkan timbalan presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dakwaan itu katanya menunjukkan ahli Parlimen Machang itu sudah terdesak dan ingin menimbulkan tanggapan negatif terhadap integriti Bersatu.

“Dia tidak sepatutnya membuat andaian awal terhadap tindakan lembaga disiplin sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak lembaga disiplin.

“Tindakannya menunjukkan ketidakmatangan politik dan percubaan mencampuri proses tatatertib dalaman yang sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Ahmad Fayhsal dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dikenakan tindakan gantung dan pecah atas dakwaan melanggar disiplin.

Semalam, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa Hamzah merupakan sasaran sebenar di sebalik tindakan pembersihan parti terhadap pemimpin kanan dan akar umbi.

Tun Faisal berkata tuduhan kononnya mereka berdua hanyalah ‘collateral damage’ juga tidak benar dan mengelirukan.

“Kenyataan sedemikian jelas merupakan cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada kesalahan-kesalahan mereka sendiri yang telah terbukti melanggar perlembagaan serta disiplin parti,” katanya.

Jelasnya ahli yang dikenakan tindakan disiplin dihukum atas salah laku individu.

“Mereka telah melanggar perlembagaan, peraturan dan disiplin parti, dan oleh itu sebarang dakwaan kononnya mereka menjadi mangsa adalah tidak berasas dan bersifat fitnah terhadap lembaga disiplin, ” tegas Tun Faisal. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share