Walaupun Watikah PAS, Saya Akan ‘Claim’ Semula Bersatu – Wan Fayhsal

KUALA LUMPUR, 5 NOV 25 — Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya akan terus berjuang untuk memulihkan Bersatu seperti perjuangan terdahulu.

Katanya, walaupun watikah bertanding di Parlimen Machang atas Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, dia akan tetap bertahan untuk Bersatu.

“Watikah saya watikah presiden PAS. Ikut mana pun saya perlu walak kepada PAS dalam konteks di Machang.

“Walaupun saya digantung, atau dibuang saya perlu pertahan kepimpinan PAS. Saya calon mereka,” katanya ketika sesi rakaman Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

” Tapi sebagai pejuang Bersatu kami akan lawan. Kami akan ‘claim the party back’…. InshaAllah,” katanya, yang turut dijemput bersama Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dipecat.

Menurutnya, perpecahan dalaman Bersatu tidak membantu momentum pembangjang.

Malah, bagi menghadapi PRU16, jangkaan untuk Perikatan Nasional (PN) menang adalah sekadar 100 kerusi parlimen dan sukar menubuhkan kerajaan.

“Kita kena perteguhkan semula prinsip bersih dan stabil. Kami menang bukan sebab Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainuddin atau Hadi, bukan kerana individu tapi nilai kolektif.

“ni pertaruhan sebenar. Kalau dapat ketengahkan semula prinsip ini, sasar boleh menangi golongan pertengahan, kita boleh tambah kerusi,” katanya.

” Setakat ini untuk PRU16 jangkaan boleh dapat hanya 100 kerusi, tidak cukup untuk bentuk kerajaan,” kata Wan Ahmad Fayhsal lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share