Analisis: Masalah Disiplin atau Konsolidasi Kuasa? Membaca Pergolakan Dalaman BERSATU

Pemecatan Datuk Seri Saifuddin Abdullah menjadi tanda aras baharu pergolakan politik dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang semakin tegang. Perkembangan ini sekali gus memperlihatkan perpecahan dalaman parti yang kian serius. Pemecatan Saifuddin merupakan pemecatan kelapan sejak tindakan terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan pada Oktober lalu.

Berdasarkan kronologi, pergolakan dalaman ini bermula selepas kekecohan yang tercetus semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU, apabila usul mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri dikemukakan tanpa persetujuan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Insiden ini dilihat sebagai pencetus utama kepada ketegangan yang berlarutan sehingga kini.

Selepas itu, Wan Saiful dipecat bersama lima ketua bahagian BERSATU susulan sidang media pendedahan surat Akuan Bersumpah yang mencetuskan kontroversi besar dalam parti. Dalam tempoh yang sama, seorang Ahli Parlimen BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal, turut dikenakan tindakan disiplin apabila digantung keahlian selama sepenggal.

Pergolakan dalaman ini tidak terhenti di situ. Pada November, konflik dalaman Bersatu terus memuncak apabila dua lagi ketua bahagian, iaitu Ketua Bahagian Sepang dan Ketua Bahagian Puchong, dipecat. Pada masa yang sama, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, turut dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti, namun beliau dilaporkan tidak hadir.

Seorang lagi pemimpin parti yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas, Khaliq Mehtab, turut digugurkan daripada jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, sekali gus menambah senarai pimpinan yang disingkirkan daripada struktur kuasa parti.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 16 Ahli Parlimen BERSATU telah menyuarakan protes terhadap keputusan parti yang dilihat semakin agresif memecat pemimpin. Setakat ini, tiada tindakan disiplin diambil terhadap kumpulan Ahli Parlimen berkenaan. Namun, berdasarkan pola pergolakan semasa, tidak mustahil sebahagian daripada mereka tidak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Keseluruhan senario ini memperlihatkan satu corak yang semakin jelas, iaitu kem Muhyiddin dilihat berterusan menyingkirkan tokoh-tokoh yang dianggap mengganggu usaha pemusatan kuasa di bawah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber dalaman Bersatu, kem Muhyiddin kini sedang melaksanakan apa yang digambarkan sebagai “program pemutihan”, iaitu usaha sistematik menerusi tindakan disiplin bagi menyingkirkan mana-mana pemimpin atau ahli yang berbeza pandangan atau dilihat tidak sehaluan dengan Presiden parti.

Sumber yang sama tidak menolak kemungkinan bahawa Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, juga berada dalam senarai pemecatan sekiranya agenda pemutihan ini diteruskan.

Perkembangan ini memberi gambaran bahawa Bersatu sedang melaksanakan usaha pemusatan kuasa secara agresif, yang bukan sahaja menyasarkan penyingkiran ketua-ketua bahagian, malah turut melibatkan pimpinan tertinggi parti.

Siri pemecatan ini menzahirkan langkah politik yang semakin terdesak oleh Muhyiddin untuk meningkatkan kawalan mutlak ke atas parti. Dalam konteks ini, pemecatan Saifuddin Abdullah dilihat sebagai kesinambungan kepada agenda tersebut.

Krisis dalaman Bersatu kemudiannya mula terkait dengan PAS apabila tercetus konflik politik di Perlis, sehingga memaksa Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional dalam usaha meredakan ketegangan antara dua parti utama gabungan itu.

Ketika ini, satu-satunya langkah untuk menyelamatkan kedudukan Muhyiddin dalam parti adalah melalui pelaksanaan program pemutihan tersebut. Namun, kewibawaan Muhyiddin akan terus dipersoalkan oleh ahli Bersatu dan Rakyat Malaysia

Apa yang berlaku kelihatannya, perpecahan dalam BERSATU mungkin sudah tidak dapat dielakkan. @analitiko

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Politik Si Burung Unta

Hakikatnya, dalam era maklumat terbuka, masa tidak memadam, ia mengumpul tanda dan tanda boleh menjadi jebakan total kepada Si Burung Unta itu.
Read More
Total
0
Share