MPT BERSATU Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin Pengerusi PN

KUALA LUMPUR | 13 Jan 26 – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU malam tadi bersetuju dan mengesahkan keputusan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Presiden parti, untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Menerusi kenyataan media oleh Setiausaha Agong, Datuk Sri Azmin Ali, keputusan itu diambil atas dasar prinsip dan tanggungjawab Presiden parti terhadap parti dan gabungan PN.

“MPT juga telah mendengar hujah YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional. MPT menghormati keputusan YB Presiden dan akan mempertahankan keputusan yang telah dibuat atas dasar prinsip dan tanggungjawab. Katanya.

Azmin memberitahu, Presiden BERSATU juga menasihati ahli parti agar kekal berdisiplin, menghormati proses parti dan menyelesaikan perbezaan secara matang, bagi memastikan perpaduan dalaman parti tetap utuh. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share