Tangkap Azam Baki 2.0: Rakyat Tuntut Peletakan Jawatan Azam Baki

KUALA LUMPUR | 16 Feb 26 — Ratusan rakyat turun ke jalan raya di ibu negara pada hari Ahad bagi menuntut peletakan jawatan dan penahanan Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan skandal pemilikan saham yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Himpunan yang dinamakan “Tangkap Azam Baki 2.0” itu berlangsung sekitar tengah hari, bermula di kawasan sekitar pusat beli-belah Sogo. Peserta membawa sepanduk dan laungan dengan tuntutan supaya Azam meletakkan jawatan serta menjalani siasatan bebas dan telus tanpa campur tangan kerajaan.

Selain menumpukan kritikan terhadap Azam, para penunjuk perasaan juga menuding jari kepada Anwar Ibrahim, mendakwa perdana menteri mempertahankan ketua SPRM daripada desakan letak jawatan.

Ketika perhimpunan berlangsung, penganjur yang terdiri daripada NGO Mandiri diarahkan oleh seorang pegawai polis berpakaian biasa untuk memindahkan lokasi himpunan beberapa ratus meter dari tempat asal bagi mengurangkan gangguan terhadap orang awam yang berkunjung ke kawasan itu sempena sambutan Tahun Baru Cina dan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Antara wakil masyarakat sivil dan ahli politik yang berucap ialah Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, yang memberi amaran bahawa lebih banyak protes akan diadakan sekiranya kerajaan enggan menggantung Azam serta melaksanakan siasatan bebas.

“Saya tak nampak pilihan lain kecuali kita turun berkali-kali sehingga Azam turun,” tegas Rafizi ketika berucap di pentas utama. Katanya memetik laporan malaysiakini.

Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz, turut memberi amaran bahawa himpunan yang lebih besar boleh dianjurkan, malah menyebut kemungkinan penganjuran Bersih 6 jika tuntutan tidak ditunaikan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang Wong Chen menggesa agar jawatankuasa siasatan kerajaan tidak hanya menumpukan isu saham Azam, tetapi turut meneliti dakwaan lain yang berkaitan, termasuk pengesahan aset semasa dan perincian harta pegawai terbabit.

Himpunan berakhir sekitar jam 6 petang tanpa apa-apa insiden luar biasa. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share