Lagi Bahagian Dibubar – Kepimpinan BERSATU Gopeng Letak Jawatan, Umum Keluar Parti

GOPENG | 18 Feb 26 – Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus merebak apabila Bahagian Gopeng, mengumumkan peletakan jawatan secara beramai-ramai melibatkan keseluruhan barisan kepimpinan.

Mesyuarat khas yang diadakan malam tadi memutuskan sebulat suara bahawa pimpinan Bahagian Gopeng termasuk jawatankuasa utama serta kepimpinan Srikandi, Armada dan Ketua Bersekutu meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta dan keluar parti.

Keputusan tersebut menjadikan Bahagian Gopeng antara cabang terbaharu yang lumpuh susulan gelombang peletakan jawatan yang sedang melanda parti itu.

Perkembangan ini dijangka akan berterusan dan pastinya akan menjejaskan keseluruhan organisasi BERSATU. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share