Kerajaan Terengganu Komited Jaga Integriti, Jawatan Exco Tak Jejas Siasatan

KUALA TERENGGANU | 25 Feb 26 – Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan kerajaan negeri komited menjaga integriti pentadbiran serta menghormati sepenuhnya proses undang-undang susulan isu melibatkan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang kini berada pada peringkat pendakwaan dan perbicaraan.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, prinsip asas perundangan perlu dihormati, iaitu seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum dibuktikan di mahkamah.

“Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau turut menjelaskan bahawa ahli MMKN berkenaan tidak diwajibkan meletakkan jawatan ketika ini kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan yang sedang berjalan.

Ahmad Samsuri menekankan bahawa kerajaan negeri akan terus memberi ruang kepada sistem perundangan melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan bebas daripada sebarang tekanan.

Beliau dalam masa sama menyeru orang ramai agar bertenang serta tidak membuat andaian yang boleh mengganggu kelancaran proses undang-undang.

“Semoga kita semua terus dipandu dalam melaksanakan amanah ini,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share