Dakwaan Muhyiddin Hamzah Khianat, Tak Tepat – Peganalisis

KUALA LUMPUR | 5 Mac 26 — Dakwaan bahawa kumpulan yang dikaitkan dengan Hamzah Zainudin melakukan pengkhianatan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia disifatkan tidak tepat, sebaliknya kumpulan tersebut dilihat sebagai pihak yang menjadi mangsa tindakan disiplin parti.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, naratif pengkhianatan yang dimainkan terhadap kumpulan reformis itu sukar dipertahankan, terutama apabila alasan pemecatan yang diberikan oleh jawatankuasa disiplin parti dianggap tidak kukuh.

Menurut beliau, beberapa pihak luar termasuk pengulas politik Isham Jalil sendiri dilaporkan sukar mempercayai bahawa seorang Timbalan Presiden boleh dipecat hanya kerana didakwa tidak melaksanakan tanggungjawab tertentu.

“Hamzah sendiri telah memprotes kerana beliau tidak dimaklumkan secara jelas mengenai tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Dalam keadaan begitu, sukar untuk melabel seseorang sebagai pengkhianat,” katanya.

Dalam masa sama, Fauzi turut mengingatkan bahawa Muhyiddin Yassin bukan lagi pengerusi Perikatan Nasional, justeru keputusan menerima atau menolak permohonan mana-mana kumpulan untuk menyertai gabungan itu bukan hak mutlak beliau.

“TS Muhyiddin perlu ingat, beliau bukan Pengerusi PN lagi. PN sekarang berpengerusikan Naib Presiden PAS.

“Maka keputusan menerima atau menolak permohonan kumpulan Hamzah untuk menganggotai PN bukan hak mutlak Muhyiddin untuk buat keputusan. Katanya kepada politiko.

Beliau berkata realiti politik semasa menunjukkan Parti Islam Se-Malaysia kini memiliki jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam PN, manakala Bersatu berada dalam kedudukan minoriti dalam gabungan tersebut.

Sehubungan itu, Fauzi berpandangan Muhyiddin sepatutnya memainkan peranan sebagai “team player” dalam kerangka kerjasama pembangkang, bukannya membawa pendekatan kepimpinan yang disifatkannya menyerupai budaya politik United Malays National Organisation yang menonjolkan sikap ‘abang besar’ dalam gabungan.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Muhyiddin dikatakan akan menghalang Hamzah dan partinya untuk menyertai Perikatan Nasional.

Muhyiddin berkata sukar untuk beliau meletakkan kepercayaan sekali lagi kepada Hamzah selepas ‘dikhianati’ dan dirinya sentiasa perlu berwaspada. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share