Ketua Pembangkang Tekankan Agenda Reset Negara, Bukan Politik Individu

KUALA LUMPUR | 24 Mac 26 – Kaetua Pembangkang, Dato Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa Agenda Reset negara bukan soal politik mana-mana individu atau parti, sebaliknya merupakan perjuangan menyeluruh yang inklusif dan berorientasikan masa depan.

Dalam perutusan sempena Aidilfitri baru-baru ini, Hamzah menyuarakan kebimbangan terhadap kesan konflik Asia Barat, khususnya serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran, yang berpotensi menjejaskan ekonomi Malaysia melalui kenaikan harga barang dan inflasi.

Beliau menekankan kepentingan kepimpinan yang matang, mempunyai hala tuju jelas, dan mampu menyediakan pelan kontijensi untuk memastikan rakyat dan negara bersedia menghadapi cabaran yang mendatang.

“Malaysia memerlukan kepimpinan yang dapat menyeimbangkan keperluan ekonomi, keselamatan, dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan pendekatan syariah bagi membina sebuah negara yang baik, makmur, dan diberkati,” kata Hamzah.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia dan memohon maaf zahir dan batin bagi pihak keluarga serta ahli-ahli parlimen pembangkang.

Hamzah menegaskan bahawa Agenda Reset adalah pendekatan strategik dan masa depan negara, menekankan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan, bukan kepentingan politik individu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Peguam Gesa AG Campur Tangan Isu Albert Tei

Haniff Khatri berkata, ini kerana rakaman video yang didedahkan menunjukkan wujud dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mempunyai pengetahuan berhubung isu skandal mineral Sabah.
Read More
Total
0
Share