Nak Selamatkan Seorang, Parti Terkubur – Sindiran Pedas Tun Mahathir

KUALA LUMPUR | 14 Apr 26 – Tun Dr. Mahathir Mohamad melontarkan sindiran tajam terhadap kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dengan membayangkan bahawa perebutan kuasa dalam parti itu bukan lagi soal prinsip perjuangan, sebaliknya berkisar kepada usaha melindungi individu tertentu.

Menjawab soalan podcaster, Shamsul Akmar mengenai kegagalan penyatuan dalam Bersatu, mantan Perdana Menteri itu secara sinis menyatakan bahawa walaupun pemimpin parti memahami kepentingan bersatu, mereka berdepan “masalah orang yang mempunyai masalah”.

“Jadi mereka utamakan orang itu, nasib orang itu. Katanya.

Kenyataan itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa wujud tokoh dalam parti yang menjadi liabiliti politik, bukan sahaja dari sudut imej, malah berdepan risiko tindakan undang-undang.

Menurut Mahathir, usaha penyatuan terganggu apabila kepentingan individu tersebut diutamakan, termasuk meletakkan syarat agar individu berkenaan diterima sebagai calon Perdana Menteri.

“..walaupun bersetuju untuk bersatu, tapi syaratnya ialah calon mereka mesti diterima sebagai calon Perdana Menteri.” Katanya, dalam nada yang sinis.

Lebih menarik, Mahathir turut menekankan ironi yang berlaku — usaha melindungi seorang individu akhirnya membawa kepada perpecahan parti, seterusnya menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya.

“Bila berpecah, parti tak menang, calon Perdana Menteri pun kalah juga,” ujarnya.

Naratif ini memperlihatkan satu gambaran keras: strategi yang berasaskan kepentingan individu bukan sahaja gagal menyelamatkan pihak tertentu, malah menenggelamkan keseluruhan parti.

Sindiran Mahathir itu dilihat sebagai tamparan terbuka terhadap kepimpinan Bersatu, sekaligus memperkukuh persepsi bahawa krisis dalaman parti tersebut berpunca daripada konflik kepentingan pihak tertentu yang tidak pernah diselesaikan.

Podcast Dr. M ini merupakan kali pertema setelah Mahathir kembali dari cuti sakit sejak tuga bulan dulu. Februari lalu, beliau dimasukkan je IJN untuk rawatan setelah cedera ketika melakukan seniman. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share