PUTRA: SPRM Perlu Letak Di Bawah Parlimen, Bukan Tukar Ketua Saja

KUALA LUMPUR | 27 Apr 26 – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Ibrahim Ali, menggesa reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menekankan badan itu perlu diletakkan di bawah Parlimen, bukan kekal di bawah pengaruh eksekutif.

Beliau berkata, pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, Abdul Halim Aman, tidak memberi makna jika struktur dan sistem sedia ada tidak diubah.

“Isunya bukan siapa ketua, tetapi sama ada SPRM benar-benar bebas atau masih dipengaruhi kuasa politik,” katanya.

PUTRA turut mendesak SPRM bertindak tegas terhadap kes berprofil tinggi termasuk melibatkan Albert Tei serta dakwaan berkaitan Farhash Wafa Salvador dan Sofia Rini.

Menurutnya, semua siasatan perlu dilakukan secara telus tanpa pilih bulu, selain membuka semula kes yang telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) jika menimbulkan keraguan awam.

Beliau juga mencadangkan SPRM diletakkan di bawah Parlimen, penubuhan panel bebas semakan kes berprofil tinggi, serta pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Reformasi bukan slogan. SPRM mesti bebas dan berani, bukan alat politik,” katanya.

Terdahulu, Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuatkuasa pada 13 Mei depan.

Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang tamat kontraknya pada 12 Mei. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share