Ucapan ADUN BERSATU Di DUN Pulau Pinang Cetus Persoalan

GEORGE TOWN | 21 Mei 26 — Ungkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar, Azmi Alang dilihat menimbulkan persoalan apabila mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh ketika sesi perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Dalam rakaman perbahasan yang tular di media sosial bertarikh 11 Mei 26 , Azmi dilihat mengajukan soalan yang menyentuh asal-usul Jagdeep Singh dengan ungkapan:

“Dato’ Keramat, are you… tunjuk IC dari Punjab ke Malaysia? Tunjuk IC dari Punjab atau dari Malaysia? Dato’ Keramat… your IC dari mana?”

Kenyataan itu mengundang reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan ungkapan sedemikian tidak matang dan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat.

Pengkritik turut mempersoalkan adakah ungkapan Adun BERSATU tersebut mencerminkan budaya politik yang mahu dibawa oleh pimpinan dan wakil rakyat Parti BERSATU.

“Ini bukan budaya politik sihat. Kenyataan seperti ini bersifat perkauman dan memalukan institusi Dewan Undangan Negeri,” menurut antara reaksi yang tular di media sosial. Rakaman tersebut boleh ditonton di sini.

Beberapa pihak turut mengingatkan bahawa isu identiti kaum dan asal-usul tidak sepatutnya dijadikan bahan serangan politik, lebih-lebih lagi dalam sidang rasmi dewan yang seharusnya membincangkan kepentingan rakyat dan dasar negeri.

Insiden berkenaan sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai tahap wacana politik dikalangan pemimpin BERSAT yang dilihat tidak menghormati sensitiviti kaum. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share