
KUALA LUMPUR, 7 Sep 25 – Pakar Patologi, Dr Jessie Hiu, yang memberikan keterangan dalam inkues kematian pelajar 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, telah membuat laporan polis mengenai ugutan yang diterimanya melalui media sosial
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Kasim Muda, memaklumkan bahawa laporan polis itu telah diterima petang semalam.
Menurut Kasim, Dr Hiu memaklumkan ancaman itu setelah diberitahu oleh Pengarah Hospital Queen Elizabeth. Namun demikian, butiran lanjut tidak dihuraikan di dalam laporan rasmi
Zara, pelajar dari Papar, ditemui tidak sedarkan diri dan cedera di kawasan sekolah pada 16 Julai lalu. Dia meninggal dunia keesokan harinya di hospital. Inkues mengenai kematiannya sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar, dengan menyentuh kemungkinan insiden buli. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.