
KUALA LUMPUR | 13 Jun 26 — Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan secara berasingan, sambil menyifatkan penjelasan badan itu sebagai “tidak masuk akal” dan “mengarut”, lapor Malaysiakini.
“Jika SPR tidak mampu mengendalikan pilihan raya serentak bagi hanya dua negeri, apa akan berlaku ketika pilihan raya umum?”
“SPR mesti menjelaskan dengan terang kepada rakyat, apakah kriteria objektif yang digunakan untuk membuat keputusan ini. Adakah ia disebabkan pertimbangan pentadbiran, isu logistik, atau ada sebab lain di sebalik tabir? Rakyat berhak mengetahui kebenaran,” kata Nga dipetik sebagai berkata.
Menurut laporan itu, Nga turut mendakwa seluruh suruhanjaya tersebut wajar meletakkan jawatan jika tidak mampu mengadakan pilihan raya serentak bagi dua negeri yang membubarkan Dewan Undangan Negeri hanya berselang tiga hari.
SPR sebelum ini menetapkan 11 Julai sebagai tarikh pengundian PRN Johor dan 1 Ogos bagi PRN Negeri Sembilan. Pengerusi SPR, Ramlan Harun, dipetik Bernama sebagai berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pertimbangan logistik, latihan petugas pilihan raya dan tahap kesiapsiagaan operasi. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.