Hantaran “Cina Sesat” : KP-JKOM Ditegur DAP

KUALA LUMPUR | 15 Jun 26 — Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, ditegur pemimpin DAP susulan kenyataan beliau yang menggelarkan dua pengkritik kerajaan sebagai “Cina sesat”.

Memetik laporan Berita Harian, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Timbalan Menteri Komunikasi menasihatkan Syam supaya menggunakan bahasa yang lebih sopan dan mengelakkan kenyataan yang boleh mengheret perbahasan kepada isu sensitif melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Teguran itu hadir ketika kontroversi membabitkan kenyataan Syam terus mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang yang menyifatkan penggunaan istilah berkenaan sebagai tidak wajar bagi seorang pegawai kanan kerajaan.

Sebelum ini, Syam mencetuskan polemik apabila memuat naik hantaran di media sosial yang merujuk dua pengkritik kerajaan sebagai “Cina sesat”, sekali gus mengundang kecaman kerana dilihat mempunyai unsur perkauman.

Kenyataan tersebut turut mencetuskan desakan daripada beberapa pihak agar tindakan diambil terhadap beliau, memandangkan JKOM merupakan agensi kerajaan yang berperanan menyampaikan dasar dan maklumat rasmi kepada masyarakat.

Teguran terbuka oleh Nie Ching itu dilihat luar biasa kerana ia melibatkan seorang timbalan menteri kerajaan yang menegur secara terbuka ketua sebuah agensi di bawah kementerian yang sama, sekali gus menambahkan lagi perhatian terhadap kontroversi yang sedang hangat diperkatakan itu. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share