Wan Fayhsal Dakwa BERSATU Semakin Lemah di Johor, Kini “Everything to Hide”

KUALA LUMPUR | 29 Jun 26 – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa kedudukan BERSATU di Johor semakin lemah ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), sehingga menggambarkan parti itu kini berada dalam keadaan “everything to hide”.

Dalam kenyataan difacebook, beliau yang juga bekas Ketua Armada Nasional berkata keadaan semasa jauh berbeza berbanding PRN Johor 2022, apabila parti masih mempunyai kekuatan jentera dan sokongan akar umbi yang lebih stabil.

Menurutnya, perubahan landskap dalaman parti termasuk peralihan sokongan dalam kalangan akar umbi telah memberi kesan besar kepada kekuatan sebenar BERSATU di lapangan.

“Hari ini keadaannya jauh berbeza… BERSATU berdepan kemungkinan untuk tersungkur lebih teruk berbanding PRN Johor 2022,” katanya.

Wan Fayhsal mendakwa berlaku peralihan sokongan dalam kalangan pemimpin akar umbi, termasuk ketua-ketua bahagian dan petugas lapangan yang sebelum ini menjadi tulang belakang jentera parti.

Beliau turut mendakwa sebahagian besar ketua bahagian di Johor telah berubah pendirian dan tidak lagi bersama kepimpinan negeri, sekali gus melemahkan struktur organisasi parti di peringkat negeri.

Selain itu, beliau mendakwa PAS tidak membantu kempen BERSATU di Johor selepas didakwa memberikan arahan kepada jenteranya untuk tidak menyokong calon parti tersebut, yang menurutnya menambah cabaran kepada gerak kerja pilihan raya.

“Maka siapa sebenarnya yang hendak menggerakkan kempen BERSATU?” soalnya.

Wan Fayhsal juga mendakwa keputusan kepimpinan pusat sebelum ini tidak mengambil kira pandangan akar umbi berhubung kepimpinan negeri, yang menurutnya turut menyumbang kepada ketidakstabilan dalaman parti.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa tindakan tidak mendengar suara dalaman parti telah melemahkan BERSATU sehingga memberi kesan kepada keyakinan pengundi.

Presiden PAS baru-baru ini menegaskan bahawa PAS tidak akan berkempen untuk calon BERSATU. Dalam PRN kali ini, BERSATU meletakkan seramai 16 orang calon. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

KP Baharu Mahu SPRM Jadi Institusi Lebih Bebas

Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abd Halim Aman menegaskan komitmennya untuk memastikan SPRM bergerak sebagai institusi yang lebih bebas, tegas dan berwibawa dalam memerangi rasuah tanpa mengira kedudukan atau pengaruh individu terlibat.
Read More
Total
0
Share