Asyraf Wajdi Persoal PH ‘sentap’ Selepas PAS Sokong BN

KUALA LUMPUR | 2 Julai 26 – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan reaksi pemimpin Pakatan Harapan (PH) susulan sokongan serta arahan kepimpinan PAS kepada penyokong parti itu supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, UMNO-BN mengalu-alukan pendirian PAS yang mengarahkan penyokongnya memberikan sokongan kepada calon-calon BN.

“UMNO-BN mengalu-alukan sokongan dan arahan kepimpinan PAS kepada penyokong mereka agar memberi undi kepada calon-calon BN di Johor.

“Cuma kenapa pula pimpinan parti-parti PH pula tersentap dan meroyan?” katanya menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada reaksi beberapa pemimpin PH selepas PAS mengumumkan sokongan kepada calon-calon BN di beberapa kerusi pada PRN Johor. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share