
KANGAR | 9 Julai 26 – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Datin Marzita Mansor dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Menurut sumber dalaman parti, surat peletakan jawatan kedua-dua pemimpin itu telah dihantar kepada kepimpinan pusat BERSATU pada 7 Julai lepas.
Bagaimanapun, Abu Bakar dilaporkan keputusan tersebut dibuat bagi memberi tumpuan kepada urusan pentadbiran negeri.
Perkembangan terbaharu itu berlaku ketika BERSATU berdepan lebih tekanan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.