Sempena Ulang Tahun Ke-101, Tun Dr Mahathir Lancar Laman Web Rasmi Berwajah Baharu

KUALA LUMPUR | 10 Julai 26 – Sempena ulang tahun kelahiran ke-101, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan wajah baharu laman web dan blog rasminya yang kini tampil dengan reka bentuk lebih moden serta mesra pengguna.

Laman web yang menghimpunkan koleksi penulisan, ucapan, kenyataan media, video, buku dan galeri bergambar itu turut membuka ruang kepada orang ramai untuk meninggalkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran negarawan tersebut.

Paparan baharu laman web itu mengekalkan legasi Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, selain memudahkan orang ramai mengakses pelbagai bahan berkaitan perjalanan politik, kepimpinan dan pandangan beliau mengenai isu-isu semasa.

Orang ramai boleh mengunjungi laman web rasmi berkenaan untuk mengikuti penulisan terkini Tun Dr Mahathir serta menyampaikan ucapan dan doa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-101.

Ucapan Politiko

Selamat Ulang Tahun Ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lebih satu abad perjalanan hidup yang sarat dengan sejarah, jasa dan pengorbanan kepada negara. Tun bukan sekadar pernah memimpin Malaysia, tetapi turut membentuk landskap pembangunan, ekonomi dan politik negara merentasi beberapa generasi.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tun Dr Mahathir Mohamad kesihatan yang berpanjangan, kekuatan serta keberkatan usia untuk terus berkongsi pandangan, pengalaman dan kebijaksanaan demi masa depan Malaysia.

Selamat menyambut ulang tahun ke-101, Tun. Terima kasih atas segala jasa kepada negara.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share