Wan Saiful Fail Saman Fitnah, Tun Faisal Berdepan Tuntutan RM10 Juta

KUALA LUMPUR | 14 Julai 26 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam.

Menurut Wan Saiful, writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan oleh peguamnya pada Isnin, 13 Julai, susulan kegagalan Tun Faisal menyelesaikan tuntutan yang dikemukakan sebelum ini berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.

Naib Presiden Wawasan Negara itu berkata, pertikaian itu berpunca daripada kenyataan Tun Faisal dalam podcast The Tiger Show yang disiarkan pada 31 Oktober 2025.

Wan Saiful memaklumkan bahawa peguamnya telah menghantar surat tuntutan pertama pada 3 Disember 2025 yang menggesa Tun Faisal menarik balik kenyataan tersebut, memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.

Bagaimanapun, menurutnya, peguam Tun Faisal melalui surat bertarikh 12 Januari 2026 memaklumkan bahawa anak guam mereka enggan memenuhi tuntutan berkenaan.

Susulan itu, peguam Wan Saiful sekali lagi menghubungi pihak Tun Faisal pada 2 Mac 2026 bagi mendapatkan cadangan penyelesaian. Namun selepas empat bulan tanpa sebarang maklum balas, satu surat akhir dihantar pada 7 Julai sebelum tindakan mahkamah diambil.

Dalam pernyataannya, Wan Saiful mendakwa Tun Faisal telah memberi gambaran bahawa beliau menerima projek Jana Wibawa kerana projek tersebut diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan dakwaan itu adalah tidak benar, mencemarkan nama baiknya serta turut membawa implikasi bahawa Muhyiddin telah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Perdana Menteri.

“Oleh kerana sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas atau cadangan penyelesaian daripada beliau, saya mengarahkan peguam memfailkan tindakan mahkamah,” katanya.

Dalam satu temubual di youtube, ketika mengulas isu terkait Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal, Tun Faisal berkata “Yang dapat jana wibawa, wan saiful” secara langsung merujuk kepada Wan Saiful. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share