Kiandee: Tindakan BERSATU Lawan PN Bukti Tidak Lagi Mahu Bersama Gabungan

Foto – facebook Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR | 20 Julai 26 – Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berpandangan tindakan BERSATU meletakkan calon menentang calon-calon Perikatan Nasional (PN) di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan parti itu tidak lagi berhasrat untuk kekal bersama gabungan tersebut.

Menurut beliau, langkah itu secara jelas memperlihatkan pendirian politik BERSATU yang memilih untuk bergerak secara berasingan daripada PN dalam pilihan raya berkenaan.

“Tindakan BERSATU untuk meletakkan calon bagi menentang calon-calon Perikatan Nasional di lapan kerusi DUN dalam PRN Negeri Sembilan jelas menunjukkan pendirian parti itu tidak lagi mahu bersama Perikatan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan di faceebook.

Beliau turut menegaskan bahawa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional mempunyai asas yang kukuh untuk mengambil tindakan terhadap BERSATU, termasuk mempertimbangkan penyingkiran parti itu daripada gabungan berkenaan.

“Majlis Tertinggi Perikatan Nasional mempunyai asas yang kukuh untuk mengeluarkan BERSATU daripada gabungan Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Kenyataan Ronald itu hadir ketika hubungan antara BERSATU dan PN terus menjadi perhatian susulan keputusan kedua-dua pihak bertembung di beberapa kerusi dalam PRN Negeri Sembilan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai masa depan kerjasama politik antara kedua-dua entiti tersebut.

Untuk rekod, BERSATU mempertaruhkan 24 calon dalam PRN kali ini, 8 daripada kerusi tersebut bertembung dengan parti komponen PN. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share