PAU 2026: PH Tak Dijemput, PAS Diundang — UMNO Mahu Fokus Naratif Penyatuan Melayu

Foto – facebook Barisan Nasional

KUALA LUMPUR | 7 Sep 26 — UMNO tidak menjemput Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 12 September ini, manakala Pas pula diundang menghadiri perhimpunan berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jemputan kepada Pas dibuat sebagai membalas undangan yang diterima UMNO untuk menghadiri Muktamar Pas Ke-72 di Kota Bharu, Kelantan, hujung minggu lalu.

“Ada ubi, ada bataslah. Jika mereka (Pas) jemput kita, kita jemput mereka lah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan keputusan menjemput kepimpinan tertinggi Pas itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Bagaimanapun, Zahid berkata PAU kali ini tidak akan membuat keputusan mengenai kerjasama UMNO dengan mana-mana gabungan, khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Menurutnya, perbincangan lebih menjurus kepada kesan dan mudarat terhadap UMNO serta Barisan Nasional (BN) sekiranya sesuatu bentuk kerjasama diadakan.

Dalam masa sama, Zahid mengangkat persoalan penyatuan Melayu ketika menjelaskan pendirian berhubung hubungan antara parti-parti Melayu.

“Masyarakat menginginkan orang Melayu menghubungkan perpaduan Melayu. Bukan hanya kepada UMNO tetapi kepada parti-parti Melayu.

“Saya tidak mahu menghubungkan parti-parti Melayu tetapi pada keseluruhannya orang Melayu mahu supaya penyatuan Melayu direalisasikan semua,” katanya.

Kenyataan itu menunjukkan isu yang dibawa Zahid bukan semata-mata mengenai hubungan antara UMNO dengan mana-mana parti, sebaliknya turut dikaitkan dengan gagasan penyatuan Melayu secara lebih menyeluruh.

Pada masa sama, beliau menegaskan PAU 2026 belum akan menentukan bentuk kerjasama politik UMNO bagi PRU16, sebaliknya perkara itu akan dilihat berdasarkan kesan dan mudaratnya terhadap UMNO serta BN. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share