Wawasan Sedia Jadi Jambatan ‘Untuk Orang Pijak’ – Luqman

KUALA LUMPUR | 21 Sep 26 – Parti Wawasan Negara bersedia menjadi “jambatan untuk orang pijak” bagi menghubungkan pihak-pihak yang berbeza dalam usaha mencari titik temu penyatuan ummah, kata Luqman Mdzim dari Pemuda Wawasan Negara.

Menurutnya, Wawasan tidak keberatan mengambil peranan sebagai penghubung, termasuk merendahkan ego kepartian, sekiranya langkah itu dapat membuka ruang kepada semua pihak untuk duduk berbincang dan menentukan hala tuju bersama.

“Tak perlu nak mendabik dada, ego, ‘kita parti lama’. Sebagai parti ataupun sebagai wakil Parti Wawasan Negara, saya rasa kita okey untuk, in fact, jadi jambatan,” katanya dalam podcast Politikopi bertajuk Penyatuan Ummah: Eksklusif atau Inklusif?

Luqman berkata, semua perkara berkaitan penyatuan, termasuk definisi dan tindakan yang perlu diambil, harus dibincangkan lebih awal dan tidak hanya apabila berlaku pertelingkahan.

“Kunci kepada persefahaman ini, macam tadi ada panel yang sebut berkenaan dengan definisi, tindakan. Saya rasa semua benda itu kena bincang. Bincang bila? Sekarang. Nanti kalau tidak gaduh,” katanya.

Menggambarkan peranan yang mahu dimainkan Wawasan, Luqman berkata sebuah jambatan tidak semestinya menjadi destinasi, sebaliknya menyediakan laluan untuk pihak lain bergerak dari satu titik ke titik yang lain.

“Jambatan ini fungsinya adalah untuk orang pijak. Daripada destinasi A ke destinasi B,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share