Polis Mula Siasat Tony Pua

KUALA LUMPUR | 21 Mei 26 — Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua selepas menerima sebanyak 28 laporan polis berhubung kenyataan dan hantaran yang dikaitkan dengannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, siasatan dimulakan susulan laporan yang diterima dari pelbagai negeri melibatkan isu berkenaan.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

“Kita telah membuka siasatan selepas menerima 28 laporan polis setakat ini,” katanya kepada media.

Bagaimanapun, pihak polis masih belum memperincikan kandungan sebenar kenyataan atau hantaran yang menjadi asas kepada siasatan tersebut.

Perkembangan itu menarik perhatian ramai memandangkan kebelakangan ini semakin banyak laporan polis dibuat membabitkan kenyataan yang menyentuh isu sensitif institusi DiRaja serta kepentingan awam. 

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berkata di facebook miliknya bahawa “Rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat,”.

Kenyataan tersebut dibidas pelbagai pihak dengan menyifatkan ianya bersikap biadab terhadap titah diRaja. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share