Lee Chean Chung Sertai BERSAMA, Terajui Kempen PRN Melaka Di Kawasan Majoriti Cina

KUALA LUMPUR | 6 Okt 26 — Bekas pemimpin PKR, Lee Chean Chung menyertai BERSAMA dan bakal memainkan peranan penting mengemudi kempen parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, khususnya di kawasan-kawasan majoriti Cina.

BERSAMA dalam kenyataan semalam berkata Lee menghantar permohonan menyertai parti itu dan permohonannya akan diproses mengikut tata cara keahlian parti.

Menurut kenyataan itu, penyertaan Lee akan memperkuatkan barisan kepimpinan BERSAMA ketika parti berkenaan sedang giat berkembang.

Lee, yang pernah menjadi ADUN Semambu selama dua penggal sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-15, sebelum ini merupakan Bendahari Agung dan Pengarah Komunikasi Nasional PKR.

BERSAMA berkata Lee akan memikul tanggungjawab bersama untuk mengemudi kempen PRN Melaka kali ini, dengan tumpuan membina jentera kempen di kawasan-kawasan majoriti Cina.

Dalam tempoh interim sebelum pemilihan kepimpinan baharu yang dijangka diadakan tahun depan, Lee akan bersama Presiden BERSAMA serta Nik Nazmi dan Wong Chen sebagai antara pemimpin utama parti itu.

Kenyataan itu turut menyatakan Lee mempunyai latar belakang dalam kejuruteraan, pengangkutan, logistik dan pentadbiran awam, selain pengalaman dalam sektor korporat, perundingan serta penyelidikan dasar.

Sebelum menceburi politik sepenuh masa, Lee pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik kanan dan menjalankan kerja penyelidikan bagi pihak Anwar Ibrahim ketika menjadi Ketua Pembangkang, selain menguruskan penyelidikan untuk 30 Ahli Parlimen PKR.

BERSAMA menyifatkan penyertaan Lee sebagai langkah memperkukuh wadah baharu parti itu untuk generasi masa depan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share