ADUN Amanah Kecam Label DAP Melaka Terhadap Komuniti RXZ Members

KUALA LUMPUR, 15 DIS 25 — Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid mengecam kenyataan pimpinan DAP Melaka yang melabelkan komuniti RXZ Members sebagai “gangguan ketenteraman dan keselamatan awam”, sambil menyifatkannya sebagai memalukan serta berasaskan stereotaip yang tidak berfakta.

Dalam kenyataan di facebook, Danial berkata, kenyataan sedemikian jelas menunjukkan kegagalan memahami minat, budaya dan ekspresi anak muda masa kini.

Beliau menegaskan bahawa tidak semua peminat motosikal klasik RXZ terlibat dengan kegiatan samseng jalanan atau perlumbaan haram, sebaliknya ramai dalam kalangan mereka merupakan pekerja, usahawan, mekanik dan anak muda yang menjadikan RXZ sebagai identiti, hobi serta seni warisan automotif tempatan.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kehadiran komuniti RXZ Members dari seluruh negara ke Shah Alam sebagai simbol keterbukaan dan penghargaan terhadap minat anak muda, sambil menegaskan kepentingan penguatkuasaan yang berhemah, dialog terbuka dan pendekatan mendidik berbanding sikap prejudis serta tuduhan melulu terhadap sesuatu komuniti.

Danial turut menegaskan bahawa sebarang isu melibatkan perlumbaan haram atau pelanggaran undang-undang perlu ditangani terhadap individu yang terlibat, bukannya menghukum keseluruhan komuniti.

“Anak muda bukan masalah. Sikap jumud dan prejudis itulah masalah sebenar,” tegas beliau.

Baru-baru ini, DAP Melaka menyuarakan bantahan terhadap sebarang bentuk penganjuran acara yang menggalakkan atau membiarkan perbuatan melanggar undang-undang.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, program RXZ Members Ride 3.0 yang diadakan di negeri ini telah memberi kesan serius terhadap rutin harian penduduk, ketenteraman awam serta keselamatan jalan raya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Perjuangan Kemerdekaan Belum Selesai – Presiden PAS

Menurut beliau, sejarah perjuangan kemerdekaan sebenar bermula sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511 apabila umat Islam bangkit menentang penjajahan Portugis. Bagaimanapun, sumbangan tokoh-tokoh ulama dan pejuang awal itu sering dipadamkan dalam lipatan sejarah yang ditulis penjajah.
Read More
Total
0
Share