Ahmad Shabery Cheek Tamat Perkhidmatan Sebagai Pengerusi FELDA

KUALA LUMPUR | 15 Julai 26 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan tempoh perkhidmatan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA telah berakhir secara rasmi pada 30 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, FELDA memaklumkan sepanjang menerajui organisasi itu, Ahmad Shabery telah memimpin pelbagai inisiatif penting yang menyokong agenda pemulihan dan transformasi agensi berkenaan.

Menurut kenyataan itu, usaha beliau merangkumi pemerkasaan tadbir urus korporat, pembinaan kerjasama strategik serta meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap FELDA.

“Pihak pengurusan dan seluruh warga FELDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan kepimpinan cemerlang beliau,” menurut kenyataan tersebut.

FELDA turut menyatakan harapan agar asas kukuh yang telah dibina sepanjang tempoh kepimpinan Ahmad Shabery akan diteruskan bagi memacu kemajuan dan kelestarian organisasi pada masa hadapan.

Untuk rekod, penamatan perkhidmatan Ahmad Shabery berlaku dalam suasana beberapa kontroversi melibatkan FELDA sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi politik. @politik.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share