Anwar Bohong Tuduh Saya Pertahan Warga Asing, Tegas Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 25 – Mantan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.

Ahli Parlimen Pagoh itu, mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan bukti sumber kenyataan saya itu.

“Saya menafikan sekeras-keras tuduhan tersebut kerana saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian sama ada dalam bentuk kenyataan media, sidang media atau menjawab pertanyaan wartawan.

“Tuduhan perdana menteri jelas merupakan satu pembohongan di Dewan Rakyat,” tegas Muhyiddin dalam kenyataan.

Sewaktu sidang Dewan Rakyat awal hari ini, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau menerima laporan ada ahli Parlimen daripada pembangkang yang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyelarasan subsidi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Pemecatan Saifuddin Cetus Protes Ahli Parti

Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa berkenaan memaklumkan bahawa mesyuarat yang diadakan pada 9 Januari lalu telah membuat ketetapan untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan pemecatan tersebut, yang menurut mereka dibuat tanpa perbicaraan yang adil.
Read More
Total
0
Share