Bank Mula Laksana Cukai Perkhidmatan Bermula 1 Julai

KUALA LUMPUR, 26 Jun 25 – Anggota Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) akan mula melaksanakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan yang berkaitan secara berperingkat mulai 1 Julai, 2025, mengikut garis panduan dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ini berikutan pewartaan perundangan cukai perkhidmatan baru-baru ini berhubung pengembangan skop cukai perkhidmatan, kata ABM, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA).

Ketiga-tiga persatuan itu berkata, pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan akan selaras dengan perundangan dan garis panduan berkaitan yang diwartakan atau dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan JKDM.

“Cukai perkhidmatan akan dikenakan pada kadar 8% ke atas perkhidmatan kewangan berasaskan yuran dan komisen.

“Kami memberi jaminan kepada pelanggan bahawa beberapa pengecualian telah diberikan, contohnya perkhidmatan perbankan asas untuk orang ramai termasuk caj semasa dan berkaitan akaun simpanan akan kekal dikecualikan daripada cukai perkhidmatan untuk kedua-dua perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam,” katanya kepada Bernama.

Untuk maklumat lanjut, ABM, AIBIM dan MIBA menasihati orang ramai untuk merujuk kepada pengumuman/kenyataan daripada bank masing-masing, ia akan diterbitkan menerusi saluran rasmi bank tersebut. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Pelantikan Ahli JAC Wajar Diteliti – Titah Tuanku Mukhriz

“Beta pernah bertitah tentang keperluan mendesak untuk memperbaharui JAC. Baru semalam, saya dimaklumkan tentang pelantikan dengan ahli baru JAC… Majlis Peguam telah membantah keras pelantikan baru-baru ini. Perlu ada respons yang munasabah terhadap bantahan yang dibangkitkan,” titah baginda.
Read More
Total
0
Share