BAT (Malaysia) Naikkan Harga Rokok Bermula Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 19 NOV 25 — British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga semua jenama rokok keluarannya bermula Jumaat ini.

Langkah itu diambil susulan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan duti eksais tembakau dalam Belanjawan 2026, yang merupakan penyelarasan pertama selepas lebih sedekad.

BAT dalam satu kenyataan memberitahu, harga baharu rokok akan berada dalam lingkungan RM12.40 hingga RM18.40.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Salem, berkata kenaikan itu dianggap wajar memandangkan penambahan duti kali ini adalah sederhana dan mengambil kira faktor kos operasi serta perubahan pasaran yang semakin mencabar.

Selain rokok, Belanjawan 2026 turut menetapkan kenaikan duti eksais terhadap produk tembakau lain seperti cerut, cheroot, cigarillos serta produk tembakau dipanaskan (heated tobacco). Kenaikan pelbagai kategori ini dijangka memberi kesan kepada harga keseluruhan produk berasaskan tembakau di pasaran tempatan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share