
Tiada siapa boleh menyangkal komitmen bekas pemangku pengerusi Bersih Shahrul Aman Mohd Saari (gambar), 50, yang meninggal dunia semalam di Institut Kanser Negara dalam bidang dakwah, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan (gambar kecil).
Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Bersatu itu berkata, jasa setiausaha agung Pertubuhan Ikram Malaysia terhadap aktivisme juga sangat banyak.
“Saya menerima berita sedih pemergian seorang rakan yang saya hormati dan kasihi.
“Persahabatan kami bermula jauh sebelum kami terlibat dengan aktivisme rakyat. Ia bermula di Sekolah Alam Shah, yang mana kami sama-sama masuk SAS pada 1988. Semasa itu masih Cheras lagi, dan belum berpindah ke Putrajaya.
“Hubungan kami kekal berterusan selepas alam persekolahan,” katanya, dalam hantaran di Facebook.
Shahrul Aman memangku jawatan pengerusi Bersih dari Mac hingga Okt 2018, selepas Maria Chin Abdullah melepaskan tugas itu bagi bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.
Dalam perkembangan yang sama, IKRAM menerusi hantaran di Facebbok memaklumkan jenazah Shahrul Aman akan disolatkan selepas solat zuhur di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan. @politiko.my