BN Bukan Lagi Kerajaan Perpaduan Bila Parlimen Bubar — Zahid Beri Isyarat Jelas

KUALA LUMPUR | 28 Sep 26 – Barisan Nasional (BN) memberi isyarat jelas bahawa kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan mempunyai titik akhir, iaitu sebaik sahaja Parlimen ke-15 dibubarkan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan terus memenuhi komitmen untuk bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal semasa, namun kerjasama itu tidak akan diteruskan selepas pembubaran Parlimen.

“Dalam keadaan kompleks, kita mahu satu kompas tetap. BN buat keputusan bersama kerajaan selepas PRU15, komitmen kita tetap berada di dalam kerajaan sehingga tamat penggal ke-15.

“Ketika Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka. Ini janji kita,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Zahid, keputusan BN menyertai Kerajaan Perpaduan dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kestabilan politik negara.

Beliau berkata komitmen untuk kekal sehingga tamat penggal Parlimen ke-15 merupakan janji BN kepada Yang di-Pertuan Agong yang diterjemahkan melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Pada masa sama, Zahid menegaskan penyertaan BN dalam kerajaan tidak bermakna parti itu menyerahkan identiti atau pendirian politiknya.

Kenyataan terbaharu itu sekali gus menetapkan garis masa yang jelas bahawa BN kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga Parlimen dibubarkan, tetapi selepas pembubaran, komitmen tersebut berakhir.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menetapkan bentuk kerjasama BN selepas pembubaran Parlimen atau kedudukan gabungan itu dalam menghadapi PRU16. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share