
KUALA LUMPUR, 4 DIS 25 — Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman kini mengambil alih siasatan berhubung klip video yang tular di media sosial mengandungi tohmahan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Siasatan telah diambil alih oleh USJT dan kami akan membantu bagi memastikan siasatan dijalankan secara komprehensif,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Khamis lepas, seorang pegawai SPRM membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung video perbualan antara seorang wanita dan ahli perniagaan, Albert Tei yang mengandungi tohmahan terhadap Azam.
Menurut laporan itu, kandungan video berkenaan didakwa berniat jahat bagi menjejaskan reputasi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sedangkan siasatan SPRM dijalankan secara telus tanpa pengaruh mana-mana pihak. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.