
KUALA LUMPUR, 29 Jul 25 – PAS beranggapan parti itu mempunyai beberapa pemimpin yang layak dicalonkan sebagai perdana menteri mewakili Perikatan Nasional (PN) sekiranya pembangkang berjaya memerintah, lapor Utusan Malaysia.
Mursyidul Am Datuk Hashim Jasin bagaimanapun berkata, PN hanya akan menamakan calon perdana menteri selepas gabungan itu berjaya mengambil alih kerajaan.
“Memang tidak nampak lagi ‘poster boy’ tapi beri kuasa dulu, kita ketengahkan calon dan memerintah jauh lebih baik daripada kerajaan sekarang,” katanya.
Hashim berkata, mengambil contoh kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika itu ramai tidak yakin dengan kebolehan beliau ketika PAS mengambil alih Kelantan pada 1990, namun kerajaan negeri ketika itu berupaya kekal memerintah selama lebih dua dekad dengan pencapaian yang cukup baik.
“Bukan profesional sahaja yang layak diketengahkan, sebaliknya ulama juga mampu mengetuai kerajaan dengan cukup baik. Sama juga seperti sekarang,” katanya. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.