Browsing Category
Berita
2867 posts
Annuar Musa Senaraikan ‘kerja penjajah’, Selari Naratif Hadi Mengenai Melayu-Islam
Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, menyenaraikan fahaman sekularisme, dasar pecah dan perintah, pengurangan kuasa Raja-Raja Melayu serta usaha memisahkan Islam daripada dasar pemerintahan sebagai antara perkara yang dikaitkannya dengan legasi penjajahan.
Wawasan Negara Tambun Sedia Buka Pintu Untuk Faizal Azumu
Penyelaras Wawasan Negara Bahagian Tambun, Muhammad Fadhli Ismail berkata, bukan sahaja Ahmad Faizal, malah mana-mana bekas pemimpin parti politik yang berminat dengan agenda penyatuan ummah turut dialu-alukan menyertai Wawasan Negara.
“Amanah Perlu Berjaya Sebagai Parti Melayu-Islam, Bukan Bergantung Pada Anwar” – Zaid Pertahan Hadi
“Apabila Hadi bercakap mengenai DAP sebagai ancaman kepada masyarakat Melayu-Islam, beliau tidak merujuk kepada ancaman fizikal atau keselamatan terhadap masyarakat tersebut. Beliau berpendapat DAP akan mengancam identiti politik Melayu-Islam, yang pada pandangan beliau mesti menjadi teras identiti nasional. Itu pandangan beliau,” katanya.
Laporan Ahli Parlimen BERSATU Ke ROS, PN Tunggu Keputusan ROS – Samsuri
Pengerusi PN, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, isu tersebut perlu dilihat berdasarkan sejauh mana keabsahan kepimpinan BERSATU dipertikaikan oleh ROS susulan laporan berkenaan.
Muktamar Pemuda PAS S’gor: Usul ‘Syarat Islam dan Melayu’ Untuk Jawatan Speaker DUN Selangor
Isu berkenaan disenaraikan secara khusus sebagai “Isu Kedaulatan & Syarat Speaker Dewan Negeri (Islam & Melayu)”, sekali gus menjadikan kedudukan Islam dan Melayu dalam institusi Dewan Negeri antara agenda yang dibawa Pemuda PAS Selangor menerusi muktamar tahun ini.
WAWASAN NEGARA Buka Pintu Kepada Ahli BERSATU
Penyelaras WAWASAN NEGARA Terengganu, Datuk Abdul Aziz Ismail, berkata keterbukaan itu selaras dengan hasrat parti untuk membina gerakan politik yang lebih inklusif berteraskan gagasan Konsensus Nasional Baharu.
Siapa PM Jika Kerajaan Tumbang? Wartawan Veteran
Kadir berkata, Kerajaan Perpaduan Madani berpotensi tumbang sekiranya mana-mana rakan kongsi utama kerajaan, termasuk DAP atau Barisan Nasional (BN), mengambil keputusan untuk menarik diri.
WAWASAN NEGARA Perak Bakal Lantik 24 Penyelaras Bahagian
“Antara peranan utama Penyelaras Bahagian ini ialah untuk mendaftar seberapa ramai ahli baharu sama ada secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang secara fizikal,” katanya
PRN Melaka: “Nak Teruskan Gelombang Biru, Kena Bertolak Ansur” – Hamzah
Hamzah berkata, rundingan antara parti perlu dilakukan secara bersama oleh semua presiden parti sebelum sebarang keputusan mengenai pembahagian kerusi dibuat.
Isu Peruntukan : “Sesama MP Kerajaan Pun Dianiaya, Inikan Pula Pembangkang” – Wan Saiful
Wan Saiful mendakwa peruntukan Parlimen tidak sepatutnya dijadikan mekanisme untuk memberi ganjaran kepada wakil rakyat yang menyokong kerajaan atau menghukum mereka yang berbeza pandangan.