
PUTRAJAYA, 31 Ogos 25 – Jika sebelum ini abang-abang bomba berbadan kekar mencuri perhatian rakyat pada Hari Kebangsaan, tahun ini giliran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula tampil dengan barisan ‘abang sado’ mereka di Dataran Putrajaya.
Kelibat beberapa anggota tentera berbadan ‘sado’ pada raptai acara perbarisan kali ini tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu sehingga mendapat pelbagai komen warganet.
Memetik laporan Berita Harian, jurulatih pasukan bina badan ATM, Sarjan K. Arichandar berkata, sebanyak 23 atlet bina badan termasuk lapan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dibawa khas bagi memperkenalkan bakat bina badan yang wujud dalam pasukan beruniform sejak 1998.
“Selain pengiktirafan dalam bentuk anugerah dan kenaikan pangkat, penyertaan mereka juga bertujuan memberi inspirasi kepada anggota lain. Disiplin bina badan ini sama pentingnya seperti disiplin ketenteraan,” katanya.
Dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, sambutan Hari Kebangsaan ke-68 kali ini jelas memberi nafas berbeza – bukan sekadar perbarisan meriam dan kereta perisai, tetapi juga otot sasa yang menjadi bualan rakyat di media sosial. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.