
KUALA LUMPUR, 12 DIS 25 — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dialporkan mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhasrat kembali menjadi Perdana Menteri kerana bimbang berdepan tindakan undang-undang berkait pendakwaan melibatkan dirinya dan ahli keluarga.
Memetik laporan scoop, Dr Mahathir membuat dakwaan itu dalam satu sesi bersama sayap Pemuda Bersatu Johor di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 10 Disember lalu. Rakaman tersebut tular baru-baru ini.
Menurut bekas perdana menteri itu, hasrat Muhyiddin bukan kerana mahu berkhidmat, sebaliknya didakwanya lebih kepada usaha melindungi dirinya.
“Dia bukan apa… dia ada masalah. Dia nak jadi Perdana Menteri bukan kerana nak berkhidmat. Pasal kalau dia tak jadi Perdana Menteri, ada kemungkinan dia masuk dalam…” dakwanya.
Negarawan itu turut mendakwa Muhyiddin terlibat dalam penyelewengan dana sumbangan kepada parti.
“Pasal dia pun curi duit… saya tahu. Duit dibagi kepada parti, dia tak bagi kepada parti, dia simpan di rumah dia,” katanya.
Sementara itu, malaysiakini melaporkan Pemuda Bersatu (Armada) Johor, Alias Rasman mendakwa pihak tertentu telah “memanipulasi” rakaman video pertemuan mereka dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya awal minggu ini.
Beliau turut menafikan perkara itu dan mendakwa Mahathir sebenarnya merujuk kepada individu lain, bukan Muhyiddin. Dakwanya, video tersebut telah “disunting” demi kepentingan politik pihak tertentu.
“Orang itu sunting-sunting, potong-potong. Jadi benda itu misleading (mengelirukan). @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.