FAM Tak Boleh Diam Diri – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 7 Okt 25 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, hari ini menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar segera melengkapkan proses rayuan berhubung keputusan FIFA yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.

Hannah berkata, pihaknya juga telah meneliti Alasan Penghakiman FIFA dan menggesa FAM untuk menyatakan secara terbuka hasrat merayu serta memfailkan rayuan tersebut mengikut saluran yang ditetapkan.

“FAM tidak boleh berdiam diri dan mesti menjawab secara jelas tentang segala pendedahan yang dibuat oleh FIFA,” katanya, dalam satu kenyataan di media sosial.

Jelas Hannah, penyokong Harimau Malaya juga sudah pasti berasa “terluka, marah dan kecewa” susulan perkembangan terkini, yang menyentuh isu dokumentasi dan kelayakan pemain naturalisasi.

Kenyataan itu dikeluarkan Hannah susulan gesaan terhadap FAM untuk memberikan penjelasan berhubung keputusan FIFA yang menolak kelayakan pemain tertentu, dipercayai berkait isu dokumentasi warisan dan kewarganegaraan.

Semalam, FIFA telah mendedahkan maklumat lengkap dalam dokumen “Notification of the Grounds of the Decision” berkaitan keputusan tatatertib ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, dalam satu pendedahan yang mengejutkan arena bola sepak negara.

Dalam semakan silang dengan rekod kerajaan di negara asal pemain terbabit, FIFA mendapati sijil kelahiran datuk dan nenek yang dikemukakan oleh FAM tidak selaras dengan rekod rasmi negara asal mereka. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share